Program Bersama Pelajar Khas SK Kayang
22 Julai 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 21 Julai 2016, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan Program Bersama Pelajar SK Kayang. Program yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau ini telah disertai oleh 12 orang peserta yang terdiri dari pelajar khas dan program tersebut berlangsung dari jam 9.00 petang hingga 12.00 tenggahhari.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar khas untuk turut bersama mengunjungi pusat internet 1 Malaysia serta mendedahkan kepada mereka kepentingan internet kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan umur. Program ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk terus belajar penggunaan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: